Nintendo Wii, Xbox 360 Kinect & PS3 Move - Revolusi Hiburan Interaktif Digital Terbaru Anda
Teknologi
telah berubah dengan pantas. Tidak terjangkau dek akal untuk
membayangkan segala peralatan berteknologi dan gadget yang ada di
sekeliling kita pada hari ini. Terutamanya bagi peranti komputer,
telefon dan hiburan. Kini ketiga-tiga peranti tersebut telah dapat
digabungkan bagi membolehkan kita berkomunikasi dan berhibur di mana
sahaja.Bercakap tentang hiburan, bermain game "Console" adalah salah satu cara untuk kita memenuhkan masa yang banyak terluang. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan. Cakaplah pasal Console game Nintendo, kemudiannya Sony Playstation dan kini pendatang baru dari Microsoft, Xbox. Secara asasnya apabila hendak bermain game, 2 peralatan elektrik yang diperlukan iaitu TV dan Console yang didatangkan bersama 2 Joystick kawalan. Namun kini segala-galanya telah berubah seiring dengan perubahan era teknologi.
No comments:
Post a Comment